Masih
tercari-cari diri sendiri???
Rasa diri
tidak penting???
Rasa diri
tidak menarik???
Meh saya
bantu…
Perasaan
ini semua berkaitan dengan penghargaan kendiri @ self-esteem.
APA ITU
SELF-ESTEEM…
Menurut Azizi, Fawziah, Zurihanmi & Noordin (2005) penghargaan kendiri merupakan orientasi positif atau negatif terhadap individu dan merupakan suatu penilaian keseluruhan terhadap tafsiran dan nilai diri. Istilah penghargaan kendiri berasal daripada perkataan Yunani yang membawa maksud “junjungan diri”. Perkataan kendiri dalam penghargaan kendiri membawa maksud nilai, kepercayaan, sikap yang kita percayai tentang diri kita sendiri. Perkataan penghargaan kendiri menerangkan nilai dan penghargaan kendiri yang diberi oleh diri sendiri. Secara umumnya, penghargaan kendiri merupakan gagasan andaian yang meliputi komponen kognitif tingkah laku dan kasih sayang.
MACAM
MANA NAK TAHU SELF ESTEEM KITA???
Jom
kenali inventori yang mengukur self-esteem
SKALA
KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)
Skala Konsep Kendiri Tennessee
atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan untuk mengukur konsep
kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah
dibina oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100
item yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons
jawapan berbentuk skala likert lima mata .
Skala jawapan berbentuk skala likert lima mata iaitu
Tidak Benar Sama Sekali
(TBSS) |
1 |
Tidak Benar (TB) |
2 |
Tidak Pasti (TP) |
3 |
Benar (B) |
4 |
Sangat Benar (SB) |
5 |
Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat
mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep
1 )Kendiri Identiti Kendiri,
2) Kepuasan Kendiri,
3) Tingkah Laku Kendiri,
4) Kendiri Fizikal,
5) Kendiri Moral dan Etika,
6) Kendiri Peribadi,
7) Kendiri Keluarga dan
8) Kendiri Sosial
SKALA
PEMARKATAN SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE
Pemarkatan
Skala Konsep Kendiri Tennessee dilaksanakan dengan mengambil kira item positif
dan juga item negatif. Soal selidik ini mengandungi 100 item, maka skor
tertinggi yang boleh diperolehi ialah
1) 500
markah (100 x 5),
2) Skor
sederhana 300 (100 x 3)
3) Skor
rendah 100 (100 x 1)
Tahap
Pemarkatan Skala Konsep Kendiri Tennessee
301- 500 |
Tinggi |
101 – 300 |
Sederhana |
0- 100 |
Rendah |
KESAHAN
DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Skala Konsep Kendiri Tennessee Sidek (2008) menyatakan bahawa kebolehpercayaan sesuatu alat ujian adalah ketekalan alat ujian tersebut dalam melahirkan skor yang sama. Menurut William Fits iaitu pengasas alat ujian ini, nilai perkali kebolehpercayaan Skala Konsep Kendiri Tennessee ini adalah diantara .60 sehingga .92. Nilai yang ditunjukkan ini menjelaskan bahawa alat ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam konteks Malaysia, alat ujian ini telah dialih bahasa oleh Sidek Mohd Noah. Kajian berkaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan bagi penggunaan alat ujian ini dalam konteks Malaysia telah dijalankan oleh Chiam (1976) dimana beliau mendapati ujian Skala Konsep Kendiri Tennessee ini mempunyai nilai .8 dan .9. Selain itu, Chiam dan Ng (1982) juga menyatakan bahawa alat ujian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu diantara .63 hingga .85
COOPERSMITH
SELF-ESTEEM INVENTORY (CSEI)
Coopersmith Self-Esteem Inventory (CSEI) ini telah direka oleh Coopersmith (1967) dan beliau telah mengubahsuainya pada tahun 1981. Alat ukuran ini digunakan sebagai alat ukuran penghargaan kendiri. Alat ini mudah untuk difahami dan dimarkatkan serta mempunyai kestabilan dari segi nilai, kesahan dan kebolehpercayaannya. Dari aspek bahasa yang mudah difahami serta format ujian sebanyak 25 item memberi faedah dalam mengukur tentang penghargaan kendiri pada subjek dewasa yang memiliki tahap pendidikan yang berbeza. Perkataan-perkataan dalam beberapa item CSEI ini telah diistilahkan agar dapat diaplikasikan pada subjek-subjek di peringkat umur persekolahan dan beberapa perubahan juga telah dilakukan terhadap beberapa item untuk membolehkan inventori ini digunakan terhadap subjek dewasa. CSEI dikatakan sesuai mengukur penghargaan kendiri secara umum dan memiliki nilai kepercayaan ujian-ujian kembali (sela masa 3 tahun) yang agak tinggi. Alat ukuran ini mengandungi 25 item. Berikut adalah senarai kenyataan tentang perasaan. Jika kenyataan tersebut menggambarkan perasaan anda, anda diminta menandakan ‘X’ dalam ruang ‘YA’. Sebaliknya, jika kenyataan tidak menggambarkan perasaan anda, sila tandakan ‘X’ pada ruang ‘TIDAK
KAEDAH
PERMARKAHAN
Kedudukan item positif dan negatif IPKC
item positif |
Item negatif |
1,3,4,5,8,9,11,12,14,19,20,22
2,6,7,10,13,15,16,17,18,21,23,24,25
|
1,3,4,5,8,9,11,12,14,19,20,22
2,6,7,10,13,15,16,17,18,21,23,24,25 |
Item positif Item negatif Item-item di dalam skala ini memerlukan jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Bagi item positif, jawapan ‘YA’ diberi ‘1’ markah dan jawapan ‘TIDAK’ diberi ‘0’ markah. Bagi item negatif, jawapan “YA’ diberi ‘0’ markah dan jawapan ‘TIDAK’ diberi ‘1’ markah. Penentuan tahap penghargaan kendiri adalah berdasarkan min iaitu purata markah di antara markah minimum (0) dan markah maksima (25). Skor di bawah 12.5 diandaikan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dan mereka yang memperolehi markah 13.0 dan ke atas di anggap mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
KESAHAN
DAN KEBOLEHPERCAYAAN
Menurut Anastasi (1988); Blascovich and Tomaka (1991); Pervin, (1993) dalam Adler and Stewart (2004), terdapat dua jenis borang yang telah disediakan iaitu borang untuk pelajar sekolah yang terdiri dari usia 8-15 tahun dan borang untuk golongan dewasa yang berusia dari 16 tahun dan ke atas. Kebolehpercayaan untuk instrumen ini diukur menggunakan kaedah Uji dan Uji-kembali ‘Test retest reliability’ yang asal dan telah dilaporkan oleh Coopersmith (1967) adalah 0.88 bagi 50 orang kanak-kanak pada peringkat V (jarak masa adalah 5 minggu) dan bagi sampel 50 orang kanak-kanak yang berusia 12 tahun menunjukkan 0.70 kebolehpercayaan (jarak masa adalah 3 tahun) (Sadeghi Azar and Vasudeva, 2006). Manakala kesahan untuk inventori ini diukur menggunakan pemusatan dan membezakan maklumat (Blascovich and Tomaka, 1991 dalam Adler and Stewart, 2004).
Untuk
instrumen Skala Konsep Kendiri Tennessee (TSCS) dan
Coopersmith Self-Esteem Inventory (CSEI) adalah sebuah instrument yang
mengukur penghargaan kendiri seseorang individu. Pentingnya untuk kita
menetahui bagaimana tahap penghargaan diri kita sendiri kita kerana ia
mempengaruhi cara kita berfikir, bertingkahlaku dan bagaimana perasaan kita
terhadap diri sendiri dan orang lain. Juga mempengaruhi sejauh mana kejayaan
kita mencapai matlamat hidup diri sendiri.
Di dalam blog ini menyediakan instrument psikologi
dan kaunseling yang mana pengguna-pengguna boleh mendapatkan maklumat-maklumat
terutamanya berkaitan dengan instrument dengan lebih mudah dan tepat. Disertakan
juga link-link yang berkaitan dengan instrumen yang pelbagai di dalam blog
ini. Antaranya adalah :
JUMPA LAGI.....SEMOGA BERJAYA.
Comments
Post a Comment